Wednesday, May 31, 2023

Mengandung Anak ke-2

     Assalammualaikum semua , rasanya macam dah lama aku tak berblogging ni. Kadang draf blog dah ada , cuma takde idea lagi nak tulis apa . Hehehe  Okey , kalau sebelum ni aku cerita tentang pengalaman mengandung anak pertama . Kali ni aku akan cerita detik-detik aku tahu yang aku mengandung anak kedua & pengalaman sepanjang mengandung supaya boleh jadi rujukan aku dimasa akan datang , macam aku cakap sebelum ni. Blog ni diwujudkan untuk throwback semula sweet memori aku, kot-kot aku terlupa kan so boleh baca balik coretan dalam ni . Back to the topic ,  buat pengetahuan korang kami tak plan nak mempunyai anak dalam masa yang terdekat ( selepas kelahiran anak pertama ) . Kiranya ini rezeki lah yang Allah kurniakan pada kami . So mari kita mulakan .. ceewaahhhhh dah macam game show pulakkan xD 

    Ceritanya bermula begini , aku ni jenis period yang tak regular tau . So bila tak datang bulan tu aku macam relax jer . Sebab pikir mungkin hormon tak stabil . Selepas kelahiran anak pertama hanya beberapa kali jer aku period ( anak dah tak breastfeeding selepas abis pantang ) . Sampai lah satu hari tu suami suruh aku check upt . So pagi sebelum nak bersiap pergi kerja tu , aku pun try lah . Sekali terus naik double line . Tergamam aku seketika , serius tak tau nak gambar kan perasaan aku time tu . Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah anak sulung aku  Jasmin , tetiba rasa kesian sebab dia masih kecil lagi . Masa tau yang aku pregnant ni Jasmin baru berusia 11 bulan , belum setahun pun lagi Jasmin nak jadi kakak dah . ( kiranya baby dah ada sewaktu Jasmin baru 9bulan ) Bila aku bagitahu suami , kemain happy lagi dia dengan unexpected rezeki yang kami terima , alhamdullilah . 

    So petang tu selepas balik dari kerja , aku ajak suami pergi ke klinik berdekatan rumah untuk check kandungan. Lepas daftar , kami pun menunggu la dalam 10 min macam tu sebelum jumpa doktor . Masa ni jantung aku berdebar-debar weyh. Bila tiba giliran kami , doktor pun mula scan untuk pastikan kandungan aku dah berapa minggu . Masa scan tu aku tengok dekat monitor alangkah terkejutnya aku dan suami sebab janin dalam tu dah mula bergerak-gerak . Time aku tengok tu baby tengah menendang .  Doktor kata kalau ikot dari tumbesaran bayi ni ,  dah masuk 12minggu . Maksudnya dah 3 bulan aku mengandung tapi aku tak perasan langsung sebab tak ada apa-apa tanda contoh macam motning sickness tu . Maka bermula lah pregnancy journey aku , mengandung anak kedua ni .  Kalau masa anak sulung dulu , aku mengalami morning sickness yang teruk di awal trimester petama tu . 

    Buat pengetahuan korang , masa aku tahu yang aku mengandung tu pada bulan Februari tahun 2020 . Sebulan kemudian PKP ( Perintah Kawalan Pergerakkan ) bermula iaitu pada 18 Mac 2020 . So trimester pertama tu aku banyak habiskan masa dekat rumah dalam sebulan lebih sebelum bekerja semula . Sepanjang berkampung dalam rumah tu , aku banyak mencuba resepi baru tauu . Contoh dalgona coffee viral tu , cuba buat roti canai la dan lain-lain . Kiranya aku mengandung anak kedua ni, aku rajin masuk ke dapur . Memang mood nak memasak tu ada jer , berbeza masa aku mengandung kan Jasmin dulu tak boleh nak ke dapur langsung .  Sepanjang mengandung kali ni aku pergi monthly check up seorang diri. Sebab suami aku perlu tengokkan anak kami sulung tu . Lagi pun kalau ikot pun bukan suami boleh masuk temankan jumpa doktor . Banyak laa perbezaan mengandung yang sulung dengan si adik ni . Apa-apa pun alhamdullilah aku bersyukur sangat sebab dipermudahkan segalanya .

Okey guys , cukuplah setakat ini coretan aku pada kali ini . InsyaAllah kita jumpa di entry yang akan datang . Aku ceritakan pulak pengalaman bersalinkan anak kedua ketika pandemik covid-19 . Anyeonggggg !




Thursday, December 17, 2020

Pengalaman Bersalin Anak Pertama - Part 2

 Sambungan dari entry yang lepas ...

30/03/2020 ( Sabtu ) 

Labour Room
Seingat aku dalam pukul 9.30 pagi aku dibawa ke labour room. Start masuk dalam labour room doktor pecahkan air ketumban untuk mempercepatkan kelahiran , sebab aku tak ada sakit contraction lagi dan kemudian aku dipasangkan tiub buang air kecil tu . Lepas air ketumban dipecahkan jer aku dah mula sakit contraction sedikit demi sedikit, nasib baik suami aku boleh teman dalam ni . Ada jugak lah teman berborak sambil melayan contraction .  Sambil berborak tu kami dapat dengar suara tangisan bayi-bayi yang dilahirkan , semakin excited lah kami suami isteri tak sabar nak jumpa cahaya mata sulung . Walaupun dalam masa yang sama berdebar juga lah aku . Pukul 11.00 pagi , doktor datang untuk check dan bukaan aku dah 4cm. So doktor kata insyaAllah aku akan bersalin tak lama lagi. Masa ni contraction aku dah semakin kuat , ada jugak nurse offer untuk aku ambil painkiller . Tapi aku menolak , konon nya boleh lah tahan sakit contraction ni sampai lah petang . Dalam pukul 4.00 petang, bila nurse tengok aku dah tak keruan menahan sakit contraction , nurse offer sekali lagi untuk ambil painkiller dan kali ni aku setuju . Tak lama lepas ambil painkiller ( time ni aku dah start mengantuk yang amat sangat, kesan dari ubat painkiller tu ) doktor datang untuk melihat progress bukaan aku dan sebab bacaan ctg tak berapa cantik . Bila doktor check , bukaan aku masih 4cm dan dalam masa yang sama jantung anak aku dah mula lemah . Nak tak nak doktor buat keputusan untuk emergency czer bagi menyelamatkan aku dan anak dalam kandungan . 

Operation Theater ( OT )
Kalau tak silap aku masuk OT dalam pukul 5.30 petang ( walaupun dalam keadaan mamai aku sempat lagi tengok jam xD )  , sambil nurse dan doktor buat persiapan untuk czer. Pakar Anesthesia mula bagi sedikit penerangan tentang procedure yang akan diaorang lakukan , risiko yang akan aku hadapi & mintak aku tandatangan borang untuk pembedahan ( aku pun tak berapa ingat macam mana sign aku time ni , mengantuk teruk ) . Habis je sesi penerangan , aku diminta untuk duduk sambil memeluk bantal  bagi memudahkan mereka mencucuk bius dekat tulang belakang . Lepas je cucuk bius, aku diminta baring semula dan serta merta dari pinggang ke bawah aku kebas , kalau tak silap aku diaorang ada mintak aku angkat kaki , tapi serius tak boleh nak angkat pun . ( Aku dibius separuh sedar  tapi tak rasa sakit sepanjang pembedahan berlangsung ) Masa tu kalau dah pukul 5.50 petang , aku sempat tengok jam sebelum kene tanggalkan kaca mata .( aku pemakai spec mata yang tegar guys , kalau bukak spec memang tak nampak jelas )  Walaupun dalam keadaan separa sedar , aku masih boleh rasa apa yang berlaku time tu . Sampai sekarang aku still bole ingat macam mana rasa pisau bedah tu potong perut ( rasa dia macam pisau tumpul toreh perut kita , diibaratkan macam tulah ) , macam mana doktor goncang perut nak keluarkan baby & uri  . Kalau korang nak tau dalam operation room ni sejuk giler tau . Apa yang paling aku tak boleh lupa,  tepat 6.20 petang anak aku selamat dilahirkan dengan berat 2.50kg  . Aku dapat dengar jelas suara tangisan dia serak-serak basah plus nyaring gitu , nurse bagi aku cium dia sebelum dibawa untuk dibersihkan . Rasa dia masyaAllah bau syurga , dengan basah-basah fresh dari womb. Macam tak percaya anak aku dah lahir . 

Aku tak ingat berapa lama aku dalam OT tu , tapi yang pasti lepas je settle semua tu . Aku akan dibawa ke satu tempat menunggu untuk pemantauan sebelum dibawa naik ke wad . Time ni aku menggigil teruk guys , effect sejuk dari OT tu tak hilang lagi , dan nurse akan tanya kita dah boleh gerakkan kaki ke belum. Then bila semua nya dah okey , baru aku dibawa naik ke wad . Ingat lagi , aku keluar jer terus suami sambut aku . Anak aku nurse ambil semula untuk bersihkan poopoo dia . So tunggu la kitaorg dekat tepi sebentar ( aku dalam keadaan baring dan mamai lagi. ) 

Time ni aku & husband tengah tunggu ank kami dibersihkan 

Disebabkan aku bersalin waktu petang , keluarga aku cuma dapat melawat sekejap sahaja. Masa ni bius masih belum hilang dan aku belum cukup kuat lagi nak bangun dari katil so aku tengok jer suami aku azan kan anak kami sebelum waktu melawat habis . Beberapa jam kemudian , nurse datang untuk membuka tube buang air kecil . Nurse suruh aku mula bergerak untuk  melancar peredaran darah . Masa aku mula-mula nak bangun pergi ke toilet azab nya ya ampun ( ubat bius dah mula hilang ) . Rasa sakit sangat dekat tempat czer tu, tapi gagahkan jugak la . So malam tu bermula la tugas aku sebagai ibu . Huhuhu Mula-mula agak kekok tau pegang anak sendiri , disebabkan ini anak pertama banyak benda yang aku tak tau. Nasib ada akak katil sebelah dia yang tolong ajar apa yang patut . Contoh macam kalau baby nangis sama ada tak selesa sebab pampers basah , lapar , mengantuk atau lain-lain. ( Mungkin bagi sesetengah orang dorang akan cakap " takkan tu pun tak tahu.. blaa blaa blaa " , tapi percaya lah untuk first time jadi ibu semua tu perkara baru yang perlu dipelajari . ) 


31/03/2019 ( Ahad ) - 01/04/2019 ( Isnin )
Pagi-pagi sekumpulan doktor datang melawat dari katil ke katil . Doktor datang untuk check luka czer dan  memberi sedikit penerangan tentang breastfeeding & ajar cara-cara penyusuan yang betul . Aku belum boleh discharge lagi sebab biasa nya ibu-ibu yang bersalin secara czer akan ditahan wad sekurang-kurang nya dalan 2-3 hari macam tu kalau tak silap aku lah . So hari isnin petang aku dah boleh discharge . Sebelum balik aku dibekalkan ubat- termasuk lah injection untuk elak darah beku  yang perlu diambil selama 10 hari berturut-turut . Injection tu bole dibuat di klinik kesihatan kalau korang tak berani buat sendiri . Tapi macam aku, mintak suami jer yang tolong cucukkan . ( Part kene inject ni paling aku tak suka, sampai lebam-lebam dibuatnya weyh -_____- ) . 

02/04/2019 ( Selasa ) 
Pagi-pagi lagi kami ke klinik kesihatan  untuk melaporkan kelahiran. So kami follow la procedure postnatal macam biasa . Sekali bila check doktor sah kan yang jaudice anak aku agak tinggi, petang tu jugak kami ke hospital semula . Disebabkan kuning agak tinggi anak aku ditahan dekat NICU  , sebak jer rasa . Baru semalam keluar hospital , hari ni kene warded balik .  Aku tak dibenarkan untuk teman anak aku kat NICU . 

03/04/2019 ( Rabu ) 
Tengahari tu aku dan suami melawat anak aku dekat NICU . Alhamdullilah , kuning anak aku dah mula turun dan dia boleh discharge petang tu. Tapi still kene follow up dengan klinik kesihatan untuk pastikan betul-betul pilih dari jaudice . Kalau tak silap aku dalam seminggu jugak lahh kami ulang alik ke klinik kesihatan . 

 
Beberapa jam selepas dilahirkan  :) 


So inilah serba sedikit pengalaman aku melahirkan anak pertama . Alhamdullilah segalanya dipermudahkan . Sekarang ank aku pun dah setahun 9 bulan dah ada adik pun ( 4bulan ) . Hahahahaha . Cepat betul masa berlalu . InsyaAllah next entry aku cerita pulak pengalaman aku mengandung dan bersalin pada musim covid19 a.k.a PKP ( Perintah Kawalan Pergerakkan ) . So kat atas tu aku share sikit gambar anak aku selepas dilahirkan .  Anyeongggggg.. :) 












Tuesday, December 8, 2020

Pengalaman Bersalin Anak Pertama - Part 1

 Assalammualaikum semua . Okey , kalau last entry aku cerita tentang pengalaman mengandungkan anak sulung . So kali ni kita continue pengalaman bersalin pulak , untuk pengetahuan semua anak aku lahir 36 minggu 5 hari . ( anak ummi tak sabar nak jumpa ummi dengan abi lettew.. hihihi 😉 Actually dah setahun 9 bulan dah berlalu, kiranya aku throwback balik lah detik-detik aku tukar status menjadi seorang ummi 😍 Btw kalau ikotkan catatan dekat buku pink due date aku 22 April 2019. Tapi anak aku lahir awal iaitu pada 30 Mac 2019 .  So inilah kronologi pengalaman bersalin kan anak pertama aku. Selamat membaca ahhh gittew .. :)


28/03/2019 ( Khamis ) 

Gambar dari google

Hari ini aku kerja macam biasa . Tak ada tanda-tanda nak bersalin ( 36 Minggu 3 Hari )  lagi . Cuma apa yang aku ingat pagi tu aku singgah 7E nak beli roti untuk breakfast . Masa tengah memilih roti tu , aku rasa teringin nak minum birdnest (rujuk gambar diatas, just nak tanya birdnest bole menyebabkan baby kurang bergerak ke ? ) . So rutin aku macam biasa lah buat kerja semua dan dalam masa yang sama aku tidak lupa kira gerakkan bayi . ( aku dan suami buat group whatsapp khas untuk kira pergerakkan bayi ni , senang sikit  balik rumah tinggal tanda jer dekat buku ) Cuma apa yang aku perasan baby macam kurang bergerak pagi tu, tapi nak sedapkan hati sendiri mungkin sebab masih awal lagi kot . Sekali sampai ke petang pukul 4.00pm macam tu baby baru gerak 2 kali tak macam biasa , time ni dah mula risau dah . Balik jer dari kerja aku ajak suami pergi ke klinik sebab takut lah apa-apa jadi kan . Bila doktor scan alhamdullilah baby tak ada apa-apa masalah . Tapi doktor keluarkan surat refer Hospital Selayang untuk pemeriksaaan selanjutnya . Lepas jer balik dari klinik kami sempat singgah ke pasar malam & balik bersiap sebelum ke hospital . Kami bertolak ke hospital selayang tu dalam selepas isyak pukul 8.30 malam macam tu . So, malam tu aku kene warded untuk doktor buat pemantauan pergerakkan baby . 

29/03/2019 ( Jumaat ) 
Alhamdullilah pergerakkan baby dah kembali normal . So aku pun berangan lah hari ni dah boleh discharge keluar . Then dalam pukul 12.30 tengahari macam tu , doktor datang melawat ke setiap katil termasuk lah ke  katil aku . Bila dah tiba giliran aku , nurse terus tarik tirai tu keliling katil ( katil aku sebelah tingkap ) dan doktor minta izin untuk "seluk" check jalan . Serius aku terkejut sangat , sebab dalam mindset aku ingat bila pergerakkan baby dah normal dah boleh discharge . Sekali doktor check jalan dah bukak 3cm sedangkan aku takde rasa contraction langsung , bertambah terkejut lah aku wehhh dan hari ni still kene continue warded . Punah harapan aku nak balik rumah . Huhuhu ( Btw aku tak tau pulak yang seluk tu sakit 😢) Start dari tu setiap 3-4 jam sekali doktor akan datang untuk check bukaan lagi . Serius aku tak suka kene seluk ni . Huwaaa. Dengan sedihnya aku inform suami aku yang aku still kene warded lagi . Takpelah demi kandungan ummi kuatkan jugak lah diri . 

30/03/2019 ( Sabtu )
Pagi sabtu , macam biasa lah biasanya dalam pukul 8.00 pagi nurse akan datang ke setiap katil untuk kemas kan . Time ni aku dah mula rasa contraction tapi dalam kadar 2 per 10. Lebih kurang macam sakit sengugut manja gitu dan still boleh tahan lagi . Then dalam pukul 9.00 pagi nurse datang bagitahu yang diaorang dah book Labour Room untuk aku . Seriau aku dengar , sebab rasa tak ready lagi nak bersalin. Tup tup dah kene turun labour room . Terus aku call suami mintak tolong bawakan beg baju baby dan inform yang aku dah kene turun labour room pagi tu. Tak lama lepas tu suami aku sampai , nurse terus bawak aku ke labour room . Start masuk dalam labour room ni aku dah mula sakit contraction sedikit demi sedikit, nasib baik suami aku boleh teman dalam ni . Ada jugak lah teman berborak sambil melayan contraction . 

Rasanya dah panjang aku menaip ni , anak aku pun dah berbunyi dah tuu. So insyaAllah aku akan tulis sambungan nye di entry yang akan datang yer , anyeongggg :)


Sunday, December 6, 2020

Mengandung Anak Sulung

 Assalammualaikum , so untuk entry kali ni aku nak share pengalaman bersalin anak sulung . Orang selalu kata yang setiap pengalaman mengandung & bersalin itu berbeza-beza . Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga kan ? Begitu jugak aku & suami tapi sebelum tu awal-awal lagi aku dah bagitahu suami , kalau boleh nak setahun tu berdua dulu . Tapi kalau dapat rezeki awal alhamdullilah kami tak menolak pun. Ikotkan suami aku nak ada anak awal . Cuma aku tak tak ready lagi masa tu. Yelah mood honeymoon lagi , pengantin baru lah kata kan . Hehehe . Kami berkahwin pada penghujung Oktober tahun 2017 , dan aku dapat tau yang aku mengandung 10 bulan kemudian . Kiranya dapat jugak la merasa hidup berdua untuk setahun tu . Panjang pulak mukadimah aku ni kan . Mohon korang tak bosan membaca ye. Hehe 

Masa mula-mula tau aku mengandung tu , ingat lagi tarikh dia pada 19/08/2018 ( Ahad ) .  Ingat lagi pagi tuu aku tergerak hati nak check , kebetulan aku memang ada jee stock pregnancy test tu dekat rumah . So pagi tu selepas solat subuh , aku mandi jelah macam biasa dan amik upt test tu check sekali , tapi aku tak terus tengok result dia sebab takot kecewa. Then bila sudah habis mandi semua , barulah aku memberanikan diri tengok upt test tu dan alhamdullilah naik double line . Memang tak percaya wehhh, perasaan time tu sebak , happy semua ada . Macam tak percaya yang aku akan jadi seorang ibu . Suami aku happy sangat masa tu bila tau dia akan jadi seorang papa . Memang sepanjang hari tu suami aku senyum sampai ke telinga jer. Haha

Kedua orang tua kami excited bila dapat tau yang aku mengandung . Sebab belah aku kiranya ini cucu yang pertama dan yang ketiga untuk belah suami aku . Maka bermula lah pregnancy journey aku , agak struggle juga masa awal-awal trimester . Morning sickness aku agak teruk , 4 bulan pertama tak bole makan langsung . Asal nak makan & minum jer mesti muntah . Tak bole bau tumis , senang cerita sepanjang 4 bulan pertama memang aku tak boleh ke dapur lah. Selera makan memang tak ada , selalu keluar masuk hospital masuk drip air sebab aku tak boleh nak makan .  Then masuk 5 bulan alhamdullilah selera makan dah mula ada , tapi aku ada GDM ( Gestational diabetes mellitus ) on diet , sebab family ada sejarah kencing manis . Start dari situ aku kene kawal pemakanan untuk pastikan kadar gula tak melebihi had , sampai aku beli glucose test kit untuk check BSP ( Blood Sugar Profile ) untuk memudahkan aku pantau . Aku paling tak suke check BSP ni , sebab sehari 4 kali kene check . Kadang sampai lebam jari aku sebab ambil darah tu . 


Gambar dari google 

Sepanjang mengandung , alhamdullilah aku tak ada mengidam nak makan yang pelik-pelik . Cuma masa awal-awal kehamilan tu aku teringin sangat naik kuda . ( dalam kategori mengidam yang pelik gak ke ? hahaha ) Kalau ikotkan agak bahaya jugak lah di awal trimester buat aktiviti menunggang kuda ni sebab still dalam kategori aktiviti lasak, tapi alhamdullilah tak ada apa-apa yang berlaku . Mula-mula pening jugak suami aku , mana nak dapat kuda ni . Last sekali kami plan jalan-jalan ke Horse Trail Rider Bukit Tinggi, Pahang . ( Tq to my husband sebab bawak saya menunggang kuda . *mini love*) Selain dari tu , aku mengidam nak makan lemang , ( time tu bukan musim raya ) . Aku nak yang lemang yang dimasak dalam buluh macam hari raya tu. Agak susah jugak lah nak cari kan , akhirnya dapat jugak kebetulan ada , alhamdullillah rezeki baby . Rasanya itu jer kot mengidam yang aku rasa agak menarik bagi aku sepanjang mengandung anak sulung dulu . 

So , itulah serba sedikit pengalaman aku mengandung anak sulung dulu based apa yang aku ingat . Kalau ada tambahan aku edit nanti . ( tu pun kalau ada masa .. huhu ) Next entry aku ceritakan pengalaman aku bersalin anak sulung ni pulak hokey .. Anyeongggg .. :) 


Wednesday, December 2, 2020

Assalammualaikum



 Alhamdullillah , akhirnya aku dah ada blog sendiri ! Selalu nye aku baca blog orang jer . hehehe :p 
Btw aku buat blog ni sekadar suka-suka sahaja ,mana tau mungkin bole dijadikan sebagai dairi ke , so sekurang-kurangnya kalau terlupa sesuatu pengalaman tu bole baca & throwback balik , yedak ? . Dan boleh simpan segala kenangan dan memori melalui penceritaan dalam blog ni.. huhu ( Dengan harapan aku rajin laa buat posting , hahahaha xD ) 

So apa lagi yang aku nak tulis ye ? hurmmmmm.. still tak ada idea guys . Maklumat lah 1st posting kan . Cuba nanti kalau dah biasa manulis kan , mesti ada jer bende yang nak diceritakan.. Sekarang nie mampu berhuhuhu je dulu . Takpe bak kata orang putih " Practice Make Pefect " . 

So jumpa lagi dilain posting , insyaAllah . Moga sis terus istiqomah laa yer menulis ni . :)